Friday, April 9, 2010

Panduan cari pasangan hidup

Panduan Mencari Pasangan Hidup


Bismillah. Di tempat saya bekerja banyak sekali mahasiswanya. Bayangkan ada 18.000 lebih mahasiswa. Ini bermakna diperlukan 18.000 pasangan yang berlawanan jenis. Dari jumlah tersebut ada sekitar 12.000 mahasiswi yang berarti memerlukan 12.000 calon pengantin lelaki. Sulitkah mencari pasangan tu? Tidak nanti akan Allah bantu. Sebagai manusia kita perlu mempunyai panduan untuk dijadikan pedoman. Selalulah berdoa dan berusaha. Panduan yang mungkin penting untuk kita lihat dan kaji sebelum kita memilih calon untuk dijadikan pasangan hidup kita adalah:

- Mestilah dia itu betul2 muslim dan sentiasa melaksanakan rukun yang wajib seperti sembahyang wajib, puasa Ramadhan, Zakat, dan akan mengerjakan Haji jika dia telah mampu, serta kewajiban2 lain.
- Mencintai Allah S.w.t dan Nabi Muhammad S.a.w lebih daripada manusia yang lain. Maka anda sama2 mencintai Allah dan rasul bersamanya, itulah satu kemanisan yang sebenarnya dalam bercinta.
- Benar2 beriman dengan rukun Iman yang enam. Kerana salah satunya adalah percaya kepada Hari Kiamat. Maka apabila dia yakin adanya Hari Kiamat di mana sebuah negeri yang kekal abadi, maka dia akan rela walaupun hidup dengan pelbagai ujian dengan pasangannya di dunia ini. Kerana dia tahu, hidup di dunia hanya sementara dan tidak kekal, sedangkan hidup di akhirat akan kekal. Jika sekiranya dia telah berkahwin dengan pasangannya, dan ridho bahawa itu adalah pasangan sejatinya, maka insyaAllah mereka akan bersama juga di akhirat nanti, dalam keadaan masing2 serba cantik dan tampan dan senantiasa muda dan sihat buat selama2nya (umur sekitar 33 tahun sahaja).
- Senantiasa mempelajari ilmu agama, sesuai dengan pesan nabi agar belajar ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Dan dia mesti minat apabila diajak berbicara tentang permasalahan agama, bukan yang mudah bosan dan fade-up apabila berbicara tentang agama Islam.
- Berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi menepati ajaran Islam, sesuai dengan antara tujuan nabi Muhammad S.a.w di utuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlaknya terhadap ibu bapa, jiran tetangga, saudara, rekan-rekan mesti diselidiki karena hal itu penting.
Tidak memadai jika dia hanya berbuat baik dan berbudi bahasa dengan anda sedangkan dengan orang lain dia suka cari gara-gara. Kerana di waktu bercinta semuanya akan bersifat tidak asli (kamuflase). Sedangkan selepas kahwin nanti, setelah dia mulai merasa bosan dengan anda dan sewaktu dengannya, barulah ketika itu layanannya terhadap anda mungkin akan menjadi sama dengan layanan terhadap orang lain yang tidak disenanginya.
Karena itu amat penting memilih orang yang berakhlak mulia karena ALLAH, karena mentaati perintah dalam agama. Bukannya orang yang berakhlak mulia semata2 karena mahu mencari kesenangan dunia dan keperluan peribadinya semata (mereka yang berpura2 dan riyak).
- Sabar dan senantiasa taat pada ajaran agama. Sabar di sini dalam banyak hal, lebih2 lagi sabar apabila ditimpa musibah atau ujian berat. Dalam mengarungi masalah rumahtangga, sabar adalah antara hal terpenting dan jika kurang diperhatikan, maka dikhuatiri rumahtangga itu tidak akan bertahan lama.
Biasanya orang yang betul2 faham dengan ajaran islam, kesabarannya akan tinggi. Orang yang faham betapa orang mukmin itu akan senantiasa diuji akan sentiasa sabar dan ridho dengan ujian yang menimpa. Bukannya semata2 mengharapkan kesenangan hidup duniawi yang menipu ini.
- Sila lihat ciri2 tambahan padanya yang mungkin perlu di dunia modern ini seperti adanya pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga, adanya tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.
Oleh itu, jika anda mahu bercinta dengan lelaki atau wanita idaman anda, maka hati-hatilah yakni bersederhanalah. Jangan terlalu berlebih-lebihan seperti yang diajar oleh Romeo dan Juliet, sehingga sanggup membelakangkan Tuhan, melebihkan makhluk dari Tuhan, na’uzubillah. Cinta anda terhadap pasangan anda, suatu hari nanti mungkin anda atau dia terlebih dahulu meninggalkan anda. Perpisahan walaupun sementara pasti akan berlaku. Tetapi cinta kita terhadap Tuhan tidak akan berpisah, kerana Tuhan sentiasa wujud bila2 masa dan selamanya.
Dan yang terbaiknya adalah, cintailah pasangan anda karena Allah. Semoga masing2 akan sama2 menyintai Allah , sama2 bermatlamat yang satu, iman yang satu, dan dapat bersatu selamanya di bawah rahmat dan berkat dari Allah, insyaAllah. Baarokallahu lakum. Bila anda sudah dapat pasangan dengan ciri-ciri di atas maka tak patutlah anda menjadi tidak setia.

No comments:

Post a Comment

 

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI: Tiara Impian Enterprise. 827-C Kampung Padang Lebam Bukit Payung 21400 Marang,Terengganu. Email : tiaraimpian@gmail.com. SENTIASA SEDIA MEMBANTU ANDA KAK ZU 017-9210337 010-9211416