Friday, April 9, 2010

Saling mengenali pasangan masing-masing

Kenal diri sebelum mengenali pasangan

Komunikasi suami isteri melibatkan dua individu. Bagaimanapun seseorang itu perlu selalu menganalisis sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan.
Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan.

Mempunyai andaian-andaian yang salah mengenai peranan suami isteri
: – misalannya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.
Inginkan pasangan mempunyai sikap, perasaan dan demikian yang serupa dengan diri sendiri:- Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai skap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami/isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan. Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini ketap dijadikan rintangan dan sumber perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan yang tidak salah dari hukum syara’ ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit ‘cela’, dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha.
Suka mencari kelemahan/kesalahan pasangan:-
Komunikasi, dan seterusnya perhubungan antara suami-isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua bertabiat suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri.
Terlalu cemburu/tidak saling percaya:-
Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan ( dan lain-lain mesej) secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.
Terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan:-
Suami/isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujudkomunikasi sehala. Suami/isteri yang terlalu ‘dominan’, juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra.

No comments:

Post a Comment

 

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI: Tiara Impian Enterprise. 827-C Kampung Padang Lebam Bukit Payung 21400 Marang,Terengganu. Email : tiaraimpian@gmail.com. SENTIASA SEDIA MEMBANTU ANDA KAK ZU 017-9210337 010-9211416